Peruntukan baru telah diluluskan untuk membangunkan Kampung Sungai Buaya di Hulu Selangor, kata ketua kampungnya, Mustafa Talib ( bawah, kanan ).
Menurutnya, peruntu kan tersebut antaranyauntuk membina padang kawat (RM144,000), membaik ulih dua buah madrasah (RM130,000) dan menurap jalan (RM80,000).
Katanya, kelulusan itu dibuat oleh Datuk G Palanivel selaku penyelaras BN bagi kawasan parlimen Hulu Selangor.
"Saya juga baru terima surat yang ditandatangani sendiri oleh perdana menteri untuk tiga projek bagi kawasan ini dengan nilai RM160,000," katanya dalam satu majlis di bilik gearkan BN di kawasan tersebut malam tadi.
Menurutnya, peruntukan itu antara lain adalah untuk projek belia 4B, untuk menurap jalan serta membaiki dewan Belia 4B.
Majlis tersebut dihadiri Palanivel serta pemimpin Umno daripada Jelebu dan Teluk Kemang, yang menjadikan Sungai Buaya sebagai kawasan angkat mereka.
Palanive l yang mesra dengan panggilan 'Datuk G' di kawasan tersebut, dalam ucapannya berkata beliau berharap pemimpin akar umbi tidak membangkitkan isu-isu kecil.
Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu menumpukan untuk menyelesaikan perkara besar dalam menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Katanya, beliau telah meluluskan projek bernilai sehingga RM4 juta untuk Sungai Buaya ketika dilantik sebagai timbalan menteri kerja raya.
"Saya luluskan untuk jambatan, longkang dan sebagainya. Sebab itu kita menang untuk kerusi parlimen di kawasan Sungai Buaya," katanya.
Pal anivel berkata, berdasarkan pemerhatiannya terhadap perkembangan semasa, beliau yakin BN akan merampas kerusi Hulu Selangor kali ini.
"Saya nampak sekarang suasana sudah lain. Orang India yang dulu lari ke PKR semua sudah balik (menyokong BN).
"Kekuatan masyarakat India sudah bertambah, begitu juga yang saya nampak di majlis yang dibuat oleh cawangan-cawangan Umno," katanya.
Beliau turut menekankan bahawa kekalahannya dalam pilihan raya umum umum lalu adalah tipis.
"Pada 2008, kekalahan saya ialah 0.04 peratus, tipis, tidak sampai setengah peratus.
"Tapi suasana dalam Mac 2008 lain, betul-betul tsunami. Sekarang suasana sudah berubah.
"Kita ada perdana menteri baru yang memberi nafas baru kepada BN," katanya.