Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Umno bahagian Hulu Selangor dikatakan mahu ketua Pemuda MIC Hulu Selangor V Mugilan dicalonkan mewakil BN bertanding dalam pilihan raya kecil di situ pada 25 April ini.

"Beliau (Mugilan) sendiri pun sedar yang bahagian mahukan beliau menjadi calon," kata sumber-sumber yang rapat dengan BN.

Mugilan juga merupakan timbalan ketua Pemuda MIC pusat.

.

NONE Sebelum ini, ini Umno bahagian berkata mereka menerima keputusan pucuk pimpinan BN untuk mengekalkan MIC bertanding di situ tetapi menolak Datuk G Palanivel yang juga timbalan presiden MIC, dicalonkan semula.

Menurut sumber-sumber itu, Mugilan merupakan pemimpin akar umbi yang rapat dan mudah didampingi pemimpin Umno bahagian.

"Beliau mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Dia boleh makan bersama dengan pemimpin Umno.

"Malah, orang Umno menganggap Murigan bagaikan orang Umno, bukan MIC," kata sumber-sumber lagi.

Mugilan juga, menurut sumber-sumber itu, aktif terlibat di peringkat belia dan kini merupakan naib pengerusi majlis belia daerah Hulu Selangor.

Sebelum ini, Mugilan menyandang jawatan exco majlis belia daerah selama lapan tahun sejak 1997, menjadi naib pengerusi sejak 2005

NONE "Beliau bermula dari bawah, (dan) berkawan dengan semua orang di akar umbi. Beliau rapat dengan golongan belia Melayu di situ," kata sumber-sumber itu lagi.

Selain Mugilan, koordinator Putera MIC, P Kamalanathan turut disebut-sebut menjadi calon di situ.

Sehingga semalam, MIC dilaporkan hanya mencalonkan Palanivel untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Sebelum ini, 54 pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung persekutuan (JKKKP) menuntut agar kerusi tersebut dikembalikan kepada kepada Umno.

Bagaimanapun, , Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemudiannya mengumumkan MIC akan mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu, tetapi beliau tidak menyebut calonnya.

Palanivel mewakili parlimen Hulu Selangor sejak 1990 sebelum kalah kepada Datuk Zainal Abidin Ahmad daripada PKR dalam pilihan raya umum 2008.

Zainal Abidin menumbangkan Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Kerusi tersebut kosong selepas kematian Zainal Abidin pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 17 April ini.

Sementara itu, ketua penerangan Umno bahagian Hulu Selangor, Yusof Nawawi, ketika ditanya mengenai perkara itu berkata: "Kalau Datuk Palanivel tidak dicalonkan semula, maka Mugilan adalah calon terbaik untuk menggantikannya."

Katanya, ia kerana Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor dan juga seorang pemimpin Pemuda MIC pusat.

 

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS