Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perkasa buat laporan polis terhadap Karpal
Diterbitkan:  Apr 7, 2010 4:35 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu.

NONE Ketua Wira Perkasa Kuala Lumpur, Arman Azha Abu Hanifah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sentul, di Kuala Lumpur, kira-kira jam 11 pagi.

Sinar Harian semalam memetik kenyataan Karpal pada sidang media di Air Itam, dua hari lalu yang ingin tahu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bila warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1 Malaysia.

Menurut Karpal, konsep satu Malaysia perlu diimplikasikan dengan kuantiti tanpa sebarang diskriminasi kaum.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Arman Azha berkata kenyataan anggota Parlimen Bukit Gelugor itu, jelas boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan perlu disiasat mengikut Akta Hasutan.

NONE Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) turut membuat laporan polis yang sama semalam.

Sementara itu, Karpal Singh menafikan bahawa beliau mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera semasa satu sidang akhbar yang diadakannya di Pulau Pinang, Ahad lalu.

"Saya tidak mempersoalkan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mengikut Perkara 153 (Perlembagaan Negara)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

- Bernama

ADS