Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahrain: Anwar arah Zul kait PM, isteri, Altantuya
Diterbitkan:  Apr 7, 2010 12:40 PM
Dikemaskini: 7:12 AM

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, mendakwa ketua umum  Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

NONE Berita Harian online melaporkan Zahrain turut mendakwa bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.

Zahrain mendakwa diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri.

"Zuklifli yang menjadi peguam bela (Cif Inspektor) Azilah (Hadri) (tertuduh kes pembunuhan Altantuya), diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.

NONE "Beliau juga diarahkan oleh Anwar untuk mengaitkan nama anak Nazri dalam kes pembunuhan (Darrren)," katanya.dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, di Kepala Batas, malam semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Ceramah itu dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda).

Zulkifli ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, baru-baru ini mendedahkan beliau pernah ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya.

NONE Zulkifli yang pada pertengahan tahun lalu menarik diri menjadi peguam bela kepada Azilah, dilapokan berkata beliau juga diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes itu.

Beliau turut mendedahkan pernah diminta untuk cuba mengaitkan Nadim, dengan kes pembunuhan Darren.

Pendedahan Zulkifli itu menggemparkan kerana ia dilakukan seminggu selepas bekas rakan partinya, Zahrain memecahkan tembelang Anwar berhubung rancangan mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

Berikutan itu, polis akan memanggil kedua-dua wakil rakyat bebas berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung pendedahan mereka.

Zahrain yang keluar PKR selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu, Mac lalu, berkata negara akan hancur jika Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memerintah Kerajaan Pusat.

"Anwar ini adalah seorang pemimpin yang sanggup melakukan apa saja bagi mencapai cita-cita menjadi perdana menteri termasuk menafikan hak Bumiputera. Guan Eng pula tidak layak kerana sikap diktator, cauvinis dan berfikiran seperti komunis.

"Saya menyeru supaya rakyat negara ini menolak mereka ini bagi mengelakkan negara mengalami kehancuran. Saya sendiri akan berusaha untuk pastikan Guan Eng keluar dari negeri ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS