Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Satu laporan polis akan dibuat esok oleh Pertubuhan Pribumi Kebangsaan (PERKASA) terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang didakwa mempersoal Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Wira PERKASA, Arman Azha, berkata laporan polis akan dibuat di Balai Polis Sentul pada jam 10:30 pagi esok.

NONE "Kami Wira PERKASA menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum membuat laporan polis terhadap Karpal kerana menghina Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.

"Beliau mempertikaikan Fasal 153. (Oleh itu) beliau tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. Beliau seorang peguam, sepatutnya memahaminya," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi laporan polis akan dibuat di seluruh negara bermula dengan kumpulan dari Selangor dan Kuala Lumpur.

A pakatan convention 191209 karpal with nik aziz rman Azha berkata Fasal 153 adalah sesuatu tidak boleh dipertikaikan dan menyeru rakyat Malaysia agar mempertahankan peruntukan dalam perlembagaan itu.

Dia juga memberi amaran kepada Karpal ( kanan, berkerusi roda ) agar tidak bermain dengan api kerana ia boleh mengganggu gugat keamanan negara.

"Kami bukan mahu menimbulkan isu perkauman, tetapi menghormati perlembagaan persekutuan. Beliau harus mempertahankan perlembagaan kerana ia adalah tanggungjawab rakyat Malaysia," katanya.

Sinar Harian hari ini memetik kenyataan Karpal pada sidang media di Air Itam, semalam yang ingin tahu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bila warganegara Malaysia boleh mendapat hak seperti orang Melayu, berdasarkan konsep 1 Malaysia.

Menurutnya, konsep satu Malaysia perlu diimplikasikan dengan kuantiti tanpa sebarang diskriminasi kaum.

Karpal dilaporkan berkata, walaupun Najib melaung-laungkan slogan 1 Malaysia, namun terdapat kekeliruan.

Sementara itu, Bernama melaporkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) hari ini membuat laporan polis terhadap Karpal berhubung kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Presiden sedaq protest against penang government 050210 gpms president jais  abd karim GPMS Jais Abd Karim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pada jam 10.15 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, katanya kenyataan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu, seperti yang tersiar dalam sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu semalam jelas bertujuan menghuru-harakan keadaan dan boleh menyebabkan perpecahan kaum di negara ini.

"Jadi kerana sebab-sebab yang dinyatakan inilah kami membuat laporan polis dan mahukan perkara ini disiasat di bawah Akta Hasutan," katanya.

ADS