Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang meminda akta perihal dagangan (1972) untuk memberi kuasa kepada jabatan itu untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang menyalahgunakan sijil halal.
Ti
mbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Masitah Ibrahim berkata, setakat ini jabatan itu hanya 'menumpang' Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam membuat serbuan ke atas premis berkenan.
"Pindaan ini akan beri kuasa keapda Jakim untuk geledah dan buat rampasan," katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Azamudden Md Taib (PAS - Baling) di Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya lagi, sebanyak enam buah syarikat sebelum ini telah menyerahkan hak kepada Jakim untuk mengeluarkan sijil halal.
Enam syarikat berkenaan, bawah Halal Development Corporation sebelum ini bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal berkenaan.
ngan adanya akta ini ia akan melantik Jakim sebagai
competent authority
dalam pensijilan halal Malaysia," katanya ketika menjawab soalan tambahan lisan daripada Azamudden Md Taib (PAS - Baling) di Dewan Rakyat hari ini.
