Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meneruskan tradisinya bermesra dengan rakyat hari ini dengan berjalan sekitar jalan-jalan di Kuala Kubu Baru.
Beliau berhenti seketika di dua kedai kopi Cina - Yue Lai dan Xin Nan Chang - dan mengambil peluang bersalam dan bertanya khabar dengan pelanggan.
Menurut seorang penduduk di pekan lama ini yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Lim, 60, Najib tidak seharus hanya minum kopi di pekan itu tetapi perlu meninjau di sebuah kampung baru yang mempunyai 450 keluarga.
Menurut pemilik kedai kopi berkenaan, bil di kedai kopinya dibayar oleh pegawai-pegawai MCA.
Kunjungan Najib kali ini diiringi oleh 120 pelajar.
Kebanyakan mereka berbangsa bukan Melayu dan mewakili pertubuhan yang dikenali sebagai Gen-YMalaysia .
Tugas mereka ialah mengiringi rombongan perdana menteri sambil melaungkan slogan “1Malaysia”.
Pelajar-pelajar ini adalah dari kolej dan universiti sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan mereka datang dengan menaiki tiga buah bas.
Najib kemudiannya dikalungkan dengan bunga sebelum mengakhir lawatannya.