Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) memberikan tempoh 48 jam kepada dua pemimpin Cina - daripada MCA dan Gerakan - serta dua akhbar berbahasa Cina supaya memohan maaf secara terbuka kerana "melabelkan NGO itu sebagai perkauman".

Ketua Wi perkasa demands appology ranya Arman Azha Abu Hanifah berkata, pihak-pihak tersebut ialah timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press.

"Kita bukan pertubuhan perkauman dan berhaluan kanan. Semua ini berlaku apabila mereka tidak melihat kepada diri sendiri, tetapi banyak melihat kepada kesalahan orang lain.

"Saya nak bertanya kepada pemimpin MCA dan Gerakan, kamu sebagai warganegara Malaysia dan parti komponen BN, adakah (tindakan kami) mempertahankan  pelembagaan Malaysia dianggap sebagai perkauman?" kata Arman Azha.

Bercakap dalam sidang media di sekretariat PERKASA di ibu negara petang ini, Arman Azha berkata, NGO itu ditubuhkan bagi mempertahankan perkara-perkara dalam perlembagaan, seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan raja-rajanya.

“Kita hanya mempertahankan Perlembagaan Persekuktuan dan fasal-fasalnya. Dan kaum lain tidak perlu risau tentang hak-hak sah mereka yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan," katanya.

perkasa first agm 270310 bigger keris Sementara itu, Arman Azha turut menuntut pemimpin tersebut memohon maaf kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya turut diberikan label yang sama.

Arman Azha juga mendesak pucuk pimpinan MCA dan Gerakan dapat mengambil tindakan tegas dengan kepada Teng dan Low ekoran tindakan mereka atau ia akan memberikan kesan kepada BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor hujung bulan ini.

Mengulas mengenai laporan Sin Chew Daily, Arman Azha berkata, walaupun tulisannya - terutamanya berhubung isu mencabut keris dalam mesyuarat agung NGO itu Sabtu lalu - adalah salah, PERKASA tidak akan mengambil langkah drastik dengan membakar akhbar tersebut.

"Kami bukan orang Barbar. Kami menghormati kebebasan bersuara untuk mewujudkan demokrasi berlandaskan perlembagaan negara,” kata Arman Azha.

Dalam sidang media itu, PERKASA turut mengedarkan tiga keratan laporan akhbar China Press bertarikh 28 Mac dan terjemahan artikel Sin Chew Daily bertarikh 30 Mac lalu yang didakwanya tidak tepat.

ADS