Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Cadangan pengerusi Yayasan 1Malaysia (Y1M), Chandra Muzaffar pada Rabu lalu agar Hari Malaysia yang jatuh pada 16 Sept setiap tahun digantikan dengan Hari Perpaduan Nasional mendapat reaksi negatif, khususnya di kalangan penduduk di Sabah dan Sarawak.

NONE Antara yang lantang menentang cadangan itu ialah naib presiden PKR, Jeffrey Gapari Kitingan yang mempersoalkan kewajaran dan kebijaksanaan cadangan itu.

Beliau seterusnya mempersoalkan isu hak rakyat di Sabah dan Sarawak dengan menimbulkan kuasa autonomi, Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia.

"Selepas sekian lama berjuang dan bersusah-payah bagi mendapatkan pengiktirafan dariapada kerajaan persekutuan untuk hari Malaysia, mengapa harus kita korbankan semua itu untuk kepentingan pihak lain,” persoal Jeffrey yang juga adalah bekasa tahanan ISA.

"Perpaduan nasional sabah independence 16 september 1963 harus bermula dengan politik yang menyatukan semua sebagai rakyat. Ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengketepikan sejarah dan realiti politik.”

Hari Malaysia, menurut Jeffrey adalah selaras dengan Perjanjian Malaysia yang mengikrarkan hak Sabah dan sarawak, termasuk kuasa autonomi menerusi Perkara 20.

"Setiap Hari Malaysia, adalah peluang sekali dalam setiap tahun bagi menilai semula kebaikan dan keburukan keputusan Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia,” tegasnya.

sarawak independence 16 september 1963 Beliau membidas Chandra yang mengemukakan cadangan itu yang didakwanya bertujuan menyelamatkan Umno daripada malu besar kerana membantu British mengheret Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia yang disifatkannya sebagai idea yang buruk.

“Maka tidak hairanlah, ketika itu Presiden Sukarno dari Indonesia menentang Malaysia kerana ia bentuk penjajahan baru terhadap Sabah dan Sarawak?”

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS