Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kementerian Dalam Negeri masih belum menerima aduan berhubung campurtangan ‘pihak ketiga dalam pasukan Polis Diraja Malaysia’ seperti yang didakwa oleh ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan, kata menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

NONE "Kami tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga terbabit dalam perjalanan polis...saya setakat ini belum lagi mendengar ada aduan kalau ada pihak ketiga yang berkuasa mempengaruhi polis dan jika ada sila maklumkan kepada saya.

"Saya rasa polis pun boleh ambil tindakan sendiri jika perkara ini berlaku. Adalah menjadi tanggungjawabnya untuk bertindak ke atas mereka (pihak ketiga). Kita tak benarkan pihak ketiga campurtangan mentadbirkan pasukan polis,” kata Hishamuddin ( atas ) lagi.

Hishammuddin menjawab pertanyaan pemberita mengenai kenyataan Musa dalam akhbar semalam yang mendakwa ada pihak memberi tekanan kepada pasukan polis, sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.

Dalam laporan itu, Musa mendedahkan pihak berkenaan cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

NONE Musa juga berkata bahawa hanya KPN yang boleh memberi arahan berdasarkan Seksyen 4 Akta Polis 1957.

Sementara itu, Hishammuddin turut menafikan kenyataan Musa yang berkata terdapat sesetengah kementerian yang tidak berpuashati dengan kerjanya.

"Tidak, saya tidak fikir begitu. Beliau boleh cakap apa yang beliau hendak katakan...tapi apa yang kita mahu sekarang polis kena maju ke hadapan seiring dengan sambutan Hari Polis 25 Mac ini.

'Puas hati dengan Musa'

"Banyak perubahan yang kita lakukan untuk mereka terutama kebajikan mereka, peningkatan infrastruktur dan peralatan, begitu juga berhubung penambahbaikan dalam skim perkhidmatan anggota polis berpangkat rendah bagi menambah lagi kekuatan polis kita," katanya.

NONE Sambil meminta polis memandang ke hadapan dan mengambil semangat baru dalam proses transformasi yang bakal berlaku, Hishammuddin berkata pasukan polis kini sangat stabil dan beliau sangat berpuashati dengan Musa dalam menerajui PDRM.

Mengulas pendedahan nama ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan akan "melompat" ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menjayakan rancangan parti itu mengambil alih Kerajaan Pusat oleh ahli parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Zahrain Mohamed Hashim, baru-baru ini, Hishammuddin berkata nama-nama itu digunakan hanya untuk memperdayakan pihak pembangkang supaya terus menyokong pelan penubuhan kerajaan oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 16 September 2008.

parliament pkr pc on royal immunity 021208 anwar tian chua zahrain "Saya dah pun bersembang dengan ahli parlimen terbabit tetapi mereka kata mereka tolak bulat-bulat. Bagi saya kalau betul perkara ini akan berlaku, kenapa sampai sekarang tak ada seorang pun daripada mereka ini yang pergi ke seberang sana?

"Saya sungguh kagum dengan mereka ini kerana ia memberikan gambaran positif yang menunjukkan kesungguhan, keikhlasan dan kesetiaan mereka pada Barisan Nasional," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Hishamuddin kesal dengan tindakan Anwar selaku ketua pembangkang yang tidak menghadiri sidang parlimen kerana memenuhi undangan memberi ceramah di luar negara.

"Beliau bukan sahaja tidak datang untuk jawab isu yang berkaitan dengan dirinya yang hangat diperkatakan sekarang, malah sekarang parlimen sedang bersidang. Apa yang penting sangat ke luar negara itu dari menjawab isu-isu ini?

"Kalau dulu kita dituduh macam-macam, hari ini bila berlaku pula padanya dia tidak berada dalam negara, adakah ini gambaran seorang pemimpin dan ketua pembangkang yang bertanggungjawab?," katanya

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS