Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno Pasir Puteh hantar surat bantahan pada Ku Li
Diterbitkan:  Mar 21, 2010 7:38 PM
Dikemaskini: Mar 22, 2010 2:30 AM

Umno bahagian Pasir Puteh menghantar surat bantahan kepada ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana kecewa dengan pendirian pemimpin veteran Umno itu berhubung isu royalti minyak.

    

Ketua Umno bahagian berkenaan, Zawawi Othman berkata pihaknya kecewa dengan tindakan Tengku Razaleigh yang menyatakan pendiriannya bertentangan dengan kerajaan pusat kerana hakikatnya Kelantan tidak layak menerima bayaran royalti minyak lima peratus itu.

    

"Satu surat bantahan berkaitan kehadiran Tengku Razaleigh di majlis ceramah khas pada 28 Januari lepas telah dihantar semalam kepada Tengku Razaleigh," katanya kepada pemberita di Pasir Puteh hari ini.

    

Zawawi berkata salinan surat itu juga dihantar kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak serta Pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk tindakan lanjut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS