Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan tolak jemputan PERKASA
Diterbitkan:  Mar 18, 2010 1:12 PM
Dikemaskini: Mar 19, 2010 1:40 AM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ( bawah, tanpa songkok ) tidak akan berangkat menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung tahunan (AGM) Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) pada 27 Mac ini.

sultan selangor and khalid ibrahim 250209 Menurut Bernama , setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Banir berkata pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

Pada asalnya baginda telah berkenan berangkat dan menyampaikan titah perasmian selepas mengambil kira perjuangan PERKASA yang mempertahankan institusi raja, hak-hak orang  Melayu dan Bumiputera serta kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi  negara.

Baginda bercadang untuk menasihatkan Perkasa agar tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu perkauman dan harus berusaha mencapai objektif menerusi saluran dan undang-undang sedia ada, katanya pada sidang media, di Shah Alam hari ini.

Namun kata Mohamad Munir, selepas mengambil kira nasihat beberapa anggota dewan Diraja Selangor, Sultan Sharafuddin membatalkan hasrat kerana berpandangan walaupun Perkasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi ia diterajui seorang ahli politik.

sedaq protest against penang government 050210 ibrahim ali speech 01 Perkasa dipimpin oleh ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ( kiri, bersongkok ), yang kini adalah ahli bebas walaupun memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu dengan bekerjasama dengan PAS.

Dia juga pernah bersama Umno dan bertanding di bawah tiket Barisan Nasional.

"Baginda khuatir keberangkatan baginda akan disalahtafsir oleh pihak-pihak tertentu sebagai memihak kepada ahli politik berkenaan," katanya.

Mohamad Munir berkata baginda turut berharap pihak yang terlibat tidak menyalahkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali kerana beliau tidak berniat untuk menggunakan nama Sultan Selangor semasa menghantar jemputan ke mesyuarat tersebut.

Surat mengenai pembatalan hasrat baginda bertarikh 12 Mac lepas itu  telah dihantar ke pejabat PERKASA dan menjelaskan sendiri maksud pembatalan keberangkatan Baginda itu, katanya.

Bagaimanapun kata beliau, Sultan Sharafuddin tetap berharap mesyuarat agung pertama PERKASA itu dapat berjalan lancar dan pertubuhan itu akan menjadi sebuah NGO bumiputera yang beintegriti.

   


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS