Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli parlimen Beruas yang juga ketua DAP Perak, Datuk Seri Ngeh Koo Ham mencabar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan ahli exconya supaya menghentikan ‘sandiwara’ mereka ‘memperbodohkan’ masyarakat Cina.

NONE Beliau membuat bidasan itu hari ini dan mendakwa Barisan Nasional tidak cekap dalam mentadbirkan Perak.

"Jika mereka ingin kembali ke sekolah, sila kembali ke sekolah dan biarkan orang lain yang cekap mentadbirkan negeri,” katanya di Parlimen lobi, hari ini.

Ngeh ( kiri ) mengulas laporan di akhbar harian Sin Chew Jit Poh yang memaparkan gambar Zambry dan anggota exconya menghadiri kelas bahasa Mandarin.

"Peristiwa itu diberikan liputan meluas oleh Sin Chew tetapi ia hanya membuktikan bahawa exco BN adalah orang yang tidak cekap,” katanya.

Beliau juga mahukan Zambry ( bawah ) supaya menghentikan lakonan kononnya BN mengutamakan bahasa Mandarin dan Inggeris, sedangkan hakikatnya tindakan itu hanya ‘sandiwara’ dan tidak ikhlas.

NONE Ngeh berharap masyarakat Cina tidak akan terpedaya dengan helah BN kerana sebelum ini beliau mendakwa ada arahan kerajaan negeri supaya tidak diambil pegawai yang mahir berbahasa Mandarin tetapi sebaliknya menghantar pegawai Melayu ke kelas bahasa Mandarin.

"Mempelajari sesuatu bahasa memakan masa yang lama. Kenapa tidak menghargai masyarakat Cina dengan menyerap mereka yang mahir dalam bahasa Mandarin ke dalam perkhidmatan awam?

“Masyarakat Cina juga kini menguasai bahasa Melayu dengan baik. Mengapa tidak kita memaksimumkan sumber berkenaan?” soalnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS