Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan ketepikan pembelaan Chandra, - 9 April
Diterbitkan:  Mar 16, 2010 2:34 PM
Dikemaskini: 6:40 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 April untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetepikan pembelaan tokoh akademik dan Presiden Just World Movement, Chandra Muzaffar dalam saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan oleh ketua pembangkang itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Prasad Sandosham Abraham akan mendengar permohonan itu.

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Wan Nursalina Wan Abdullah dalam kamar hari ini.

sn nair Peguam S N Nair ( kanan ), yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita bahawa Anwar memfailkan permohonan itu memandangkan Chandra memfailkan butiran lanjut dalam pernyataan pembelaannya di luar tempoh.

Chandra diwakili oleh peguam Zaharudeen Harun.

chandra muzafar 01 Anwar menyaman Chandra ( kiri ) berhubung dakwaan mengeluarkan pernyataan fitnah dalam satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac 2008, yang kemudiannya disiarkan oleh akhbar.

Dalam pernyataan pembelaannya, Chandra menafikan mengeluarkan dengan niat jahat dan secara dusta sebarang komen berbaur fitnah membabitkan Anwar yang kemudiannya disiarkan pada 5 Mac 2008 oleh dua akhbar berbahasa Inggeris.

Sebaliknya, beliau mendakwa jika kata-kata itu berbaur fitnah, yang dinafikannya, maka ia disiarkan berdasarkan perlindungan bersyarat tanpa niat jahat.

 - Bernama

ADS