Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi Kelab Penyokong PAS Langkap ditembak mati
Diterbitkan:  Mar 15, 2010 5:31 PM
Dikemaskini: 10:54 AM

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Cawangan Langkap, hari ini ditembak mati di kedai mencuci keretanya di Jalan Chui Chak, Langkap, 90 kilometer dari Ipoh.

Pada kejadian jam 3 petang itu, lelaki yang dikenali sebagai P Panthiyan, 34 ditembak oleh dua lelaki dari jarak dekat.

Ia dipercayai angkara dua lelaki bermotosikal yang disyaki pembunuhan upahan yang mendekati mangsa dan terus melepaskan tembakan.

Dalam pada itu Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Hilir Perak untuk bedah siasat.

Beliau yang dihubungi di pejabatnya hari ini berkata, kejadian berlaku kirakira pukul 3 petang tadi, ketika mangsa berada di kedainya itu dan dihampirioleh seorang lelaki lalu melepaskan dua das tembakan ke arah kepala mangsa.
 
Ketika kejadian, tiga anggota keluarga mangsa berada di kedai itu,
bagaimanapun mereka tidak dicederakan.
 
Katanya, mangsa tersungkur di lantai sebaik ditembak dari jarak dekat.

Dua suspek memakai topeng dan topi keledar dikatakan melarikan diri ke arah Kampar dengan menaiki sebuah motosikal yang dipercayai mengunakan nombor pendaftaran palsu.

Operasi memburu mereka sedang dilancarkan.

Siasatan juga mendapati mangsa mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
 
Polis masih menjalankan siasatan dan belum mengetahui punca kejadian tetapi tidak menolak ia berpunca akibat balas dendam.
 
Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supayamenghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di nombor telefon 05-6212222 untuk membantu siasatan.

 

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Perak mengutuk pembunuhan kejam berkenaan.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata parti itu amat sedih kerana cara pembunuhan itu amat kejam dengan dua das tembakan yang satunya mengenai kepala dan dada yang mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian.

“Oleh yang demikian, kami meminta pihak polis membuat siasatan menyeluruh terhadap pembunuhan kejam tersebut. PAS juga meminta ahli  keluarga mendiang dan juga semua ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak supaya  bersabar serta tenang dan berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan media.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS