Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Golongan muda tak minat politik?
Diterbitkan:  Mar 15, 2010 4:52 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Lebih ramai pengundi muda dilihat cenderung menjadi pengundi non-partisan (tidak memihak) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang, demikian menurut analisis beberapa pemerhati politik.

Trend politik semasa dilihat antara penyumbang kepada senario itu berlaku.

Selain itu, p satire play 230808 3 director dr abu hassan hasbullah erkembangan teknologi maklumat dan media baru menyebabkan golongan itu tidak lagi mengakses maklumat daripada media konvensional tetapi "mencipta" maklumat dan membentuk pandangan tersendiri.

"Mereka tiada lagi kepercayaan klasik kepada politik," kata  Abu Hassan Hasbullah ( kanan ) ketika mengulas mengenai pengundi muda pada PRU13.

Pensyarah kanan pengajian media dari Universiti Malaya (UM) itu berkata pengundi muda kini bersikap konstruktif dan liberal serta menilai sesuatu isu bukan berdasarkan ideologi politik.

    

"Mereka boleh ubah sokongan dan bertindak-balas bila-bila masa," katanya.

NONE Abu Hassan berpandangan bahawa generasi muda tidak lagi memegang pada kata-kata atau janji ahli politik, sebaliknya menilai bagaimana sesuatu isu dibangkitkan dan ditangani pihak terbabit.

Beliau merujuk kepada isu-isu semasa yang semakin rumit dengan pandangan politik yang sering kali mengelirukan masyarakat seperti pendirian parti politik antara lain, mengenai isu kalimah Allah dan isu royalti minyak.

Kenyataan Abu Hassan itu selari dengan kajian dilakukan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) iaitu 70 peratus daripada mahasiswa/generasi muda  tidak meminati politik dengan 10 peratus pro-kerajaan dan 20 peratus bersifat terbuka.

Kajian itu dijelaskan Presiden GPMS Jais Abdul Karim pada program "kerusi panas" di Stesen Radio 24 pada 9 Mac lepas membincangkan mengenai hala tuju pertubuhan pelajar Melayu itu.

    

B sivamurugan pandian 210508 agi pemerhati politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Sivamurugan Pandian ( kanan ), perkembangan politik di negara ini mengalami "defisit perwakilan politik" sejak dua tahun lepas.

"Parti politik dilihat masih bergelut untuk mencari legitimasi politik bagi memenuhi janji-janji mereka sejak tsunami politik pada Mac 2008," katanya.

Senario itu menimbulkan dilema kepada generasi muda mengenai persoalan adakah ahli politik hanya mewakili diri mereka atau menyuarakan hasrat rakyat di kawasan diwakilinya?

Sivamurugan merujuk kepada isu keluar parti/lompat parti yang dialami oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

NONE Tindakan keluar parti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dan DAP di Perak pada Februari 2009 menyaksikan pakatan DAP-PKR-PAS kehilangan negeri itu kepada Barisan Nasional (BN) dan terbaru tiga wakil rakyat PKR bertindak keluar parti kerana kecewa dengan pucuk kepimpinan atau atas sebab-sebab lain.

Sivamurugan berkata ketiadaan struktur yang jelas untuk memberikan laluan kepada pemimpin muda dalam parti-parti politik juga menyebabkan kenapa golongan itu cenderung menjadi non-partisan.

"Ini kerana pemimpin muda ialah jambatan kepada pengundi muda. Hanya pemimpin muda yang memahami aspirasi golongan muda. Pihak mana yang memberikan lebih ruang kepada pemimpin muda akan mendapat sokongan pengundi muda," katanya.

NONE Dianggarkan tujuh juta pengundi muda akan mengundi pada PRU13 dan sokongan golongan ini akan menentukan output pilihan raya sama ada memihak kepada BN atau DAP-PKR-PAS yang kini memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Menyifatkan pengundi muda sebagai golongan idealis dan "anti-establishment", penganalisis politik Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latiff, berkata sokongan pengundi muda bergantung kepada faktor demografi dan taraf pendidikan individu terbabit.

Beliau berkata lebih tinggi taraf pendidikan individu itu bermakna mereka lebih terbuka dan matang untuk membuat pilihan serta tidak terperangkap dalam pengaruh lingkungan sekitar.

"Ini bermakna politik "warisan", seperti ayah BN maka anak undi BN atau ayah PAS maka anak juga sokong PAS, semakin berkurangan," kata Wan Abdul Rahman, bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS