Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Golongan yang membuat pelbagai tafsiran dan pandangan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu merupakan "duri dalam daging" di kalangan masyarakat Melayu, kata Ketua 11, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.

forum wacana 153 1503010 prof datuk dr abdul latiff abu bakar 02.JPG Malahan, katanya, tafsiran yang dibuat mereka itu "jelas tidak merujuk kepada maksud tersurat dan tersirat Perlembagaan itu sendiri dan kontrak sosial yang menjadi denyut nadi semangatnya".

Beliau menegaskan demikian dalam kertas kerjanya di Wacana 153 anjuran Gapena dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini. Ia dihadiri kira-kira 300 orang, termasuk pelajar dan ahli akademik.

Kertas beliau bertajuk 'Sejarah dan cabaran terhadap Perkara 153 (hak keistimewaan orang Melayu dan BUmiputera). Dr Abdul Latiff adalah profesor Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya.

Menurutnya, pelbagai tafsiran yang diberikan dalam peruntukan tersebut antaranya berkaitan dengan pemberian biasiswa, jumlah pegawai perkhidmatan awam, pendidikan tinggi, pemberian lesen dan permit perniagaan.

forum wacana 153 crowds 1503010 - 01.JPG "Ada yang menganggap peruntukan ini sebagai satu diskriminasi kepada kaum majoriti yang kaya-raya," katanya sambil menambah, malah ada yang menamakannya sebagai diskriminasi perlembagaan.

Menurutnya lagi, ada juga yang menterjemahkannya secara harfiah dan melihat perkara itu sebagai 'kedudukan' istimewa dan bukan sebagai 'hak mutlak' dan oleh itu perkara yang bukan 'hak' tidak boleh dituntut.

"Sesetengahnya berhujah menggunakan Islam sebagai alasan untuk menafikan hak keistimewaan Melayu dan  mengagungkan konsep kesamarataan.

"Tidak kurang yang menggunakan konsep hak asasi manusia yang dipopularkan di Barat tanpa mengkaji dengan teliti fakta sejarah setempat," tambahnya.

forum wacana 153 penalist 1503010 - uitm shah alam 02.JPG Apa yang mengecewakan, kata Dr Abdul Latiff, tafsiran tersebut turut difahami, dipercayai dan diperjuangkan oleh orang Melayu sendiri.

"Golongan-golongan inilah yang menjadi duri dalam daging di kalangan masyarakat Melayu," katanya.

Dr Abdul Latiff menegaskan pengorbanan orang Melayu mengizinkan kerakyatan orang asing secara "jus soli" di samping jaminan perlindungan hak sah kaum mereka, tidak dinilai atas dasar persaudaraan dan timbang rasa.

"Isu ini tidak perlu dipertikaikan kerana ia hanya akan mengundang rasa amarah, curiga dan permusuhan yang memudaratkan semua pihak," katanya.

Menurutnya, walaupun tiada akta, statut atau kes perundangan di mahkamah yang mentafsirkan prinsip 153 secara jelas, tetapi komitmen kerajaan menterjemahkannya melalui dasar dan pelaksanaan menunjukkan perkara itu penting untuk dikekalkan, dilindungi dan diperkasakan.

forum wacana 153 1503010 penalist.JPG Dr Abdul Latiff juga menggesa rakyat Malaysia didedahkan di peringkat awal mengenai maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Pendedahan perlu diberi sejak dari peringkat awal melalui pengajaran di peringkat sekolah sehingga institusi pengajian tinggi.

"Apa yang berlaku sekarang ialah penyalahtafsiran yang berlaku akibat kekurangan ilmu pengetahuan mengenai intipati Perlembagaan," katanya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS