Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden MCA: Liow belum putuskan
Diterbitkan:  Mar 12, 2010 2:46 PM
Dikemaskini: 6:53 AM

Naib presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata beliau hanya akan mengumumkan jawatan yang bakal ditandinginya pada pemilihan parti 28 Mac ini selepas mendapatkan pendangan daripada anggota parti di seluruh negara.

NONE "Saya mahu mendengar pandangan mereka, lepas itu baru saya akan buat keputusan. Saya akan umumkannya bila tiba masanya," katanya kepada Bernama ketika memulakan jelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan maklum balas anggota parti.

Liow, yang juga Menteri Kesihatan berkata apa yang lebih penting ialah anggota parti diberi jaminan bahawa parti itu kini bergerak ke hadapan dan ke arah kestabilan.

"Orang ramai tidak mahu melihat kepimpinan parti mengenepikan keputusan EGM (mesyuarat agung luar biasa) 10 Okt lepas. Sekurang-kurangnya mereka tahu mereka

kini bergerak ke hadapan," katanya.

Pada EGM itu, perwakilan MCA membuat keputusan dramatik meluluskan undi tidak percaya terhadap presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat dan menolak pelantikan semula Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk jawatan timbalan presiden.

    

NONE Kedua-dua, Ong dan Dr Chua kemudian membentuk kerjasama di bawah pelan perpaduan, yang ditolak oleh beberapa pemimpin menyebabkan pergolakan dalaman parti itu berlanjutan.

Minggu lepas, Dr Chua, bersama-sama tujuh anggota Jawatankuasa Pusat (CC) serta 13 lagi anggota CC yang menyokong Liow, meletak jawatan masing-masing, bagi memberi laluan pemilihan baru parti.

Ketika ditemubual, Liow berkata beliau tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan pemimpin lain bagi menghadapi pemilihan tetapi tidak menyatakan pihak atau kumpulan mana yang beliau maksudkan.

azlan Sejak beberapa hari lepas, terdapat spekulasi kuat yang mengatakan beliau akan bekerjasama dengan bekas setiausaha agung parti Datuk Seri Ong Ka Chuan atau mungkin juga Dr Chua.

Liow berkata apa yang lebih penting ialah semua anggota parti perlu bekerjasama bagi memastikan pemilihan baru parti itu berjalan lancar kerana parti perlu membina kekuatan dan pulih daripada pergolakan dalaman.

Pencalonan untuk pemilihan itu akan diadakan pada 22 Mac.

Liow akan mengadakan pertemuan dengan perwakilan pusat di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta Melaka esok.

Pada Ahad, beliau dijadual menemui perwakilan pusat di Negeri Sembilan dan dijangka mengumumkan keputusannya selepas itu.

- Bernama

   


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS