Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Model Ekonomi Baru (MEB) setakat ini belum mempunyai sebarang kerangka kerja atau mekanisma bagi melindungi orang Melayu atau bumiputera, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ( bawah ) hari ini.

husni eon bank function 120310 ahmad husni “Kita ada buat perbincangan baru-baru ini, sebenarnya dari segi MEB, kita belum ada satu kaedah untuk menetapkan satu inisiatif untuk memastikan orang Melayu dapat dipertahankan dari segi pertumbuhan penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi.

“Saya nyatakan bahawa rangka MEB ini akan diserahkan oleh NEAC kepada PM (Datuk Seri Najib Razak) dan ia akan dipamerkan.

"Di situ nanti, semua pihak, semua kaum, semua sektor boleh bagi pandangan.,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran akaun simpanan kanak-kanak Mumtaz EONCAP Islamic Bank di Kuala Lumpur.

Ahmad Husni juga memberi jaminan tidak ada kumpulan yang akan terpinggir.

“Saya berani nyatakan kita masih lihat pembangunan dari segi growth with equity (pertumbuhan dengan ekuiti), makna kita ambil kira keperluan semua bangsa di negara ini terutamanya bumiputera, kita tidak akan tingggalkan mana-mana kaum,” katanya lagi.

Beliau berkata kerajaan masih lagi melihat pembangunan negara berlandaskan keperluan setiap bangsa di negara ini dan mengulangi jaminan bahawa tidak ada mana-mana kaum akan diabaikan dalam pembangunan negara.

Ahmad Husni mengulas kebimbangan beberapa pertubuhan bukan

kerajaan (NGO) mengenai kehilangan kepentingan bumiputera dalam model ekonomi baru itu.

Ditanya mengenai kemungkinan parti-parti pembangkang tidak berpuas hati dengan MEB, Ahmad Husni menasihatkan mereka supaya bersabar dan membuat ulasan selepas draf dipamerkan.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS