Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu Zul: Gerakan tak setuju dgn TPM
Diterbitkan:  Mar 10, 2010 1:13 PM
Dikemaskini: 7:18 AM

Gerakan menggesa pucuk pimpinan Umno dan BN supaya jangan menerima ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu sebagai ahlinya.

Ketika membuat gesaan itu, naib presidennya, Datuk Dr Teng Hock berkata ia kerana Zulkifli dilihat sebagai seorang rasis dan ektremis agama.

Dr Teng berkata, Gerakan gusar dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pintu Umno sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja menjadi ahlinya, termasuklah Zulkifli.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut apabila diminta mengulas mengenai tiga ahli parlimen PKR yang keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas, iaitu Mohsin Samsuri (Bagan Serai), Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru) dan Zulkifli yang dipecat PKR minggu lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Teng yang juga pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata, Zulkifli dipecat oleh PKR kerana keengganannya tidak mahu menerima konsep pelbagai kaum.

Menurutnya, BN pada umumnya dan Umno khususnya tidak sepatutnya menerima kehadiran ekstremis agama dan rasis dalam gabungannya.

Malah, tegasnya, kehadiran wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu dalam Umno dan BN adalah tidak sesuai dengan sikap kesederhanaan dalam BN yang merupakan gabungan pelbagai kaum untuk menjada kepentingan semua rakyat Malaysia.

Menurutnya lagi, Zulkifli juga telah mengetuai satu protes membantah forum pertukaran agama anjuran Majlis Peguam di ibunegara pada 9 Ogos 2008.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS