Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nik Aziz: PKR baru belajar merangkak
Diterbitkan:  Mar 9, 2010 6:54 PM
Dikemaskini: 11:00 AM

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata masalah yang membelenggui PKR boleh diibaratkan sebagai bayi yang belajar merangkak.

NONE "PAS seperti itu juga, sebelum ini. Sebelum kadi kuat, ada juga ahli yang meninggalkannya,” kata beliau selepas menyampaikan derma kepada mangsa kebakaran di Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh.

Nik  Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata ahli yang melompat ke parti lain adalah perkara biasa, yang lazimnya berlaku ke atas parti baru seperti PKR.

"Sebelum parti menjadi kuat, kita terpaksa menerima perkara seperti itu (melompat ke parti lain),” katanya kepada Bernama .

PKR mencatatkan kemenangan besar pada pilihan raya umum 2008 tetapi tiga ahli parlimen dan empat ahli dewan undangan negerinya telah meninggalkan parti itu.

Tiga MP yang ber azlan buat demikian ialah  - Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Samsuri (Bagan Serai).

Semua mereka mengisytiharkan diri sebagai ahli bebas.

Minggu lalu pula, PKR juga memecat MP bagi Kulim-Bandar Baharu, Zulklifi Noordin berhubung masalah disiplin.

Perkembangan itu menyaksikan PKR kini cuma mempunyai 26 kerusi di Dewan Rakyat menjadikan mereka di kedudukan kedua di belakang DAP yang mempunyai 28 kerusi.

Bagaimanapun, sekutu Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PAS masing-masing bertikrar terus memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS