Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa bahawa seorang setiausaha kerajaan negeri (SUK) telah menjadi mangsa sistem ‘pool ‘ yang dijadikan sebagai alat untuk menghukum penjawat awam.

Katanya, pegawai kanan berkenaan dikenakan tindakan tersebut pada 2008 kerana didakwa menghantar satu nama sahaja untuk calon menteri besar.

shahidan group at putrajaya 140308 shahidan kassim Sedangkan, kata Shahidan, beliau dimaklumkan bahawa pihak istana memerlukan empat senarai calon yang akan dipertimbangkan untuk memegang jawatan tersebut.

"Beliau hanya mengikut arahan perdana menteri ketika itu, tetapi dilihat seolah-olah (beliau) engkar.

 “Beliau ditukarkan ke 'pool' bukan (arahan) daripada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) tanpa sebarang pembelaan.

"Apakah beliau mendapat keadilan, sedangkan beliau hanya mendapat arahan daripada kerajaan yang memerintah ketika itu," katanya yang juga bekas menteri besar Perlis.

Bagaimanapun, kata Shahidan beliau difahamkan pegawai tersebut kini telah memegang jawatan baru di dalam kerajaan.

Sehubungan itu, beliau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menghapuskan sistem 'pool' tersebut.

Menurut Shahidan, ini kerana ia merupakan satu "penghinaan dan kezaliman" kepada pejawat kerajaan yang didakwa melakukan kesalahan tanpa pembelaan sewajarnya.

"Sistem ini seperti peti sejuk ke atas pegawai kerajaan yang didakwa melakukan kesalahan tanpa apa-apa ( surat ) tunjuk sebab," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau mengulas kenyataan Najib yang menggesa JPA mengkaji semula sistem 'pool' tersebut.

Najib dilaporkan berkata elemen 'natural justice' iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali, perlu menjadi sebahagian daripada prosedur sistem tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS