Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Hukuman pool' k'tangan awam dikaji semula
Diterbitkan:  Mar 9, 2010 5:55 PM
Dikemaskini: 10:26 AM

Sistem 'pool' yang dianggap sebagai alat tindakan pentadbiran bersifat menghukum bagi penjawat awam akan dikaji semula, kata Datuk Seri Najib Razak.

najib announce royal commission on teoh death 220709 02 Perdana Menteri berkata bahawa elemen ' natural justice ' iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali perlu menjadi sebahagian daripada prosedur.

"Saya mendengar bisikan dan suara hati penjawat awam. Saya tahu dan saya peduli.

"Jangan berasa gundah gulana dan menganggap saya tidak prihatin atau tidak leka walaupun bisikan itu datang secara perlahan dan bersifat sayup-sayup kedengaran.

"Oleh itu, saya telahpun mengarahkan agar satu kajian komprehensif dilakukan terhadap penggunaan sistem pool itu," katanya pada majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (MAPPA XI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Najib berkata kerajaan juga akan mengkaji konsep " closed service " iaitu tidak mahu penjawat awam menjadi jumud berikutan sudah terlalu selesa dengan kedudukan masing-masing akibat tidak dapat lagi meningkat dalam karier mereka.

abdullah ahmad badawi pak lah civil servants forum 280108 crowd Katanya beliau mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi perhatian kepada ehwal pendidikan berterusan, peningkatan kemahiran, perancangan penggantian dan kemajuan kerjaya penjawat awam.

Najib berkata penjawat-penjawat awam muda terutama yang terlibat dengan tugas diplomasi dan rundingan antarabangsa perlu didedahkan dengan pengalaman yang secukupnya.

"Melentur buluh kata orang, biarlah dari rebungnya. Janganlah melihat sebagai satu kerugian untuk menghantar pegawai-pegawai muda ini untuk terlibat dengan rundingan antarabangsa kerana dengan cara ini sahajalah mereka dapat menimba pengalaman.

"Sehubungan itu, para penjawat awam hendaklah dari semasa ke semasa memahirkan diri dengan menguasai pelbagai bahasa," katanya.

Najib berkata ganjaran istimewa akan diberikan kepada mana-mana pegawai atau kumpulan pegawai yang berjaya mendatangkan penjimatan yang besar kepada kerajaan.

Katanya kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaannya bagi memastikan setiap ringgit dan sen itu mendapat pulangan nilai paling maksimum kepada kerajaan dan rakyat.

"Pendek kata, kita mahu penjawat awam sentiasa mencari kaedah pelaksanaan yang berkesan dan efektif melibatkan penjimatan.

"Ertinya dengan jumlah kos yang sama tetapi kita berupaya mendapat kualiti yang lebih baik," katanya.

- Bernama

ADS