Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pengurus Pusat Giat Mara dituduh rasuah
Diterbitkan:  Mar 9, 2010 12:29 PM
Dikemaskini: 4:34 AM

Bekas pengurus Pusat Giat Mara Balik Pulau, Radzuan Abdul Razak, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini terhadap tuduhan rasuah pada 2006.

Radzuan, 58, dituduh melakukan kesalahan itu pada 4 Julai 2006 dengan memilih syarikat Yana One Entreprise milik isterinya, Suryaah Ismail Khan, untuk menjalankan kerja membaik pulih dan senggara tandas Pusat Giat Mara berkenaan melalui pesanan kerajaan bernilai RM2,000.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membenarkan Radzuan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Mac ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Penolong Pendakwa Raya Mohd Nur Lokman Samingan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS