Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setelah dipecat daripada PKR, ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mahu mengkaji dengan serius kemungkinan untuk kembali semula ke pangkuan parti itu.

Bagaimanapun sehingga ini, beberapa pemimpin utama PAS telah menyuarakan pendirian mereka menolak Zulkifli kembali ke parti tersebut  - antaranya naib presiden, Datuk Mahfuz Omar; setiausaha agung Datuk Mustafa Ali.

Seorang lagi naib presiden Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim sebelum ini dipetik oleh sebuah portal berita yang beliau mempelawa Zulkifli menyertai PAS.

Bagaimanapun, hari ini, Harakahdaily melaporkan Tuan Ibrahim menafikan perkara itu, sebaliknya menegaskan kenyataannya telah disalahfaham oleh media berkenaan.

NONE Beliau memberitahu akbar rasmi PAS itu bahawa walaupun parti itu bersikap tersebuka, tetapi ia tidak bermaksud menerima kembali Zulkifli kerana ia akan “menyakiti rakan lain dalam Pakatan”.

Dan kesediaan Zulkifli (foto) untuk menimbang kembali semula ke PAS itu berdasarkan kepada kenyataan awal Tuan Ibrahim.

Menulis dalam blognya hari ini, Zulkifli menegaskan: “Sudah pasti saya akan mengkaji dengan serius pelawaan beliau. Insya-Allah saya mengadakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan (dipercayai PAS) tidak lama lagi.

“Kira OK juga teman (saya) yop, tak sampai sehari teman menjanda dah ada yang masuk meminang,” tulis Zulkifli dalam loghat Perak.

Bagaimanapun, dengan berseloroh, Zulkifli berkata buat masa ini beliau mahu berehat terlebih dahulu kerana “baru lepas menjanda” dan “edah pun belum habis lagi”.

ADS