Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Pakatan tiada permit raikan ulangtahun
Diterbitkan:  Mar 8, 2010 9:59 AM
Dikemaskini: 2:04 AM

Polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menghentikan seketika majlis makan malam sempena ulang tahun kedua Pakatan Rakyat (PR) di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru di Kuala Lumpur malam semalam kerana penganjur tidak mempunyai permit mengadakan ceramah di luar dewan itu.

pakatan anniversary forum outside crowd Kejadian berlaku kira-kira 9.45 malam ketika Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali sedang menyampaikan ceramah di pentas utama kepada para penyokong di padang kelab itu.

Keadaan itu menimbulkan kekecohan apabila polis dan pasukan FRU dihalang daripada memasuki kawasan ceramah oleh penyokong yang menghadiri majlis itu.

Ketika ditemui pemberita kemudian, pemangku Ketua Polis Dang Wangi ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis mendapati penganjur majlis itu tidak mempunyai permit untuk menyampaikan ceramah di luar bangunan.

pakatan anniversary forum 070310 crowd 02 "Kita meminta penyokong untuk masuk ke dalam dewan kerana ceramah ini tidak mempunyai permit, kerana ceramah yang diadakan di padang dan memasang alat audio

adalah salah," katanya.

    

Abdul Aziz berkata polis juga mengarahkan kira-kira 500 penyokong yang mendengar ceramah itu di padang supaya beredar masuk ke dalam dewan kelab itu tetapi mereka hanya berbuat demikian selepas kira-kira 45 minit.

pakatan anniversary forum guan eng speech Menurutnya polis dapat menghentikan ceramah di padang pada 10.45 malam dan Azmin meneruskan ucapannya di dalam dewan itu.

Polis tidak membuat sebarang tangkapan dalam kejadian itu tetapi masih berkawal di luar dewan, katanya.

Ketika kejadian itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Batu Tian Chua berada di pentas utama itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS