Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno pelawa Zul guna platformnya
Diterbitkan:  Mar 7, 2010 5:09 PM
Dikemaskini: 1:39 PM

Ketua Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir ( bawah ), mempelawa Zulkifli Noordin yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menjadikan Umno sebagai platform untuknya terus berkhidmat kepada rakyat.

abdul aziz sheikh fadzir "Memandangkan YB Zul (Zulkifli) sudah tidak percayakan lagi hala tuju dan prinsip PKR, beliau boleh menjadikan Umno sebagai platformnya bergerak untuk berkhidmat kepada rakyat seperti yang sudah dijalankan Umno selama ini", katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Beliau juga berkata, pemecatan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu itu menjadi bukti jelas bahawa PKR tidak membenarkan proses demokrasi berjalan di dalam parti pembangkang itu.

"Pendirian parti ini untuk menyelesaikan masalah besar hanya ditentukan oleh beberapa kerat pemimpin yang mementingkan populariti dan kepentingan jawatan mereka saja," katanya.

Zulkifli yang dipecat semalam berkata, beliau mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

 - Bernama

ADS