Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini membayangkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu 28 Mac depan bagi meneruskan agenda pembaharuan yang dibawanya untuk parti komponen kedua terbesar BN itu.
Berucap di perhimpunan agung ke-56 MCA hari ini, beliau berkata walaupun ahli jawatankuasa pusat baru akan dipilih hujung bulan itu, tetapi mengikut perlembagaan parti, penggal mereka berakhir pada 2011.
Menurutnya, ini bermakna beliau mempunyai tempoh satu tahun untuk meneruskan langkah pembaharuannya.
Kenyataannya itu sekaligus membayangkan bahawa menteri pengangkutan itu berhasrat untuk mempertahankan jawatan presiden.
Para pemerhati, sebaliknya, menyifatkan bekas timbalan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai calon utama bagi jawatan tersebut.
Ong berkata, sewaktu beliau dirawat di hospital, ada pihak yang berkata bahawa beliau bukan sahaja mengalami kesakitan pada kakinya, tetapi juga di hatinya.
Walaupun begitu, katanya, beliau akan meneruskan langkah pembaharuan yang telah diusahakannya itu.
"Saya telah melalui (jalan ini) semalam dan hari ini. Esok, saya mesti meneruskannya," katanya sambil menambah bahawa hanya tinggal setahun sahaja lagi untuk beliau berbuat demikian.
Dewan tersebut gamat apabila 603 perwakilan yang hadir, bangunan memberi tepukan gemuruh.
Ong sekali lagi mendapat tepukan apabila berkata beliau tidak ambil kisah tentang 'musuh' politiknya dan nasibnya sebagai presiden parti.
Katanya, jika beliau fikiran semua itu, termasuk jawatannya, maka tidak perlulah bagi beliau mengambil langkah yang tidak disenangi oleh banyak pihak - merujuk kepada siasatan skandal yang membabitkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Hari ini, Ong mempertahankan agenda pembaharuannya tetapi mengakui beliau terlalu tergesa-gesa melakukannya, dan telah menjadi musuh kepada mereka yang mempunyai kepentingan peribadi.
Sebelum itu, perhimpunan tersebut bermula kira-kira jam 9.50 pagi tadi.
Sehingga malam tadi, lebih 500 anggota perwakilan pusat MCA telah mendaftar untuk menghadiri perhimpunan agung hari ini. Jumlah minimum yang diperlukan ialah 200.
Terdapat sejumlah 2,379 perwakilan ke perhimpunan agung MCA.
Sementara itu di atas pentas, hanya kerusi untuk penyokong Ong disusun. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana terdapat dua barisan kerusi disusun di atas pentas.
Tahun ini, hanya satu barisan kerusi kelihatan disusun di atas pentas, selepas kumpulan penyokong
Datuk Seri Chua Soi Lek dan Datuk Seri Liow Tiang Lai memutuskan untuk memulai AGM hari ini.
Susunan tempat duduk itu dipercayai dibuat sedemikian rupa bagi mengelak apa yang berlaku dalam perhimpunan Wanita MCA sebarang di mana separuhnya daripada kerusi kosong.
Sehingga ini, tiada kelihatan sebarang tindak-balas dari kumpulan penyokong Chua dan Liow.
Semalam, Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun mengadakan majlis sarapan di restoran bagi melobi para perwakilan supaya tidak menghadiri perhimpunan sayap itu.
