Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi memperbaiki infrastruktur untuk Orang Asli.

orang asli convention 0650310 Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata peruntukan ini akan disalurkan melalui kerangka bidang keberhasilan negara (NKRA).

Sejumlah besar daripada peruntukan ini akan disalurkan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi meningkatkan penyertaan golongan itu dalam bidang keusahawanan, katanya.

Tumpuan berkenaan adalah untuk membasmi kemiskinan di kalangan Orang Asli, tambahnya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tanah dan Orang Asli di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas dalam sidang media selepas itu, Shafie berkata jumlah berkenaan merupakan tambahan kepada sejumlah RM41 juta yang diperuntukkan dalam Bajet 2010 untuk pembaikan prasarana masyarakat Orang Asli.

"Ini buk kampung orang asli sungai tesong 120208 houses an saja untuk sediakan kemudahan tetapi juga untuk membangunkan masyarakat usahawan Orang Asli.

"Kita telah jalankan program untuk melatih Orang Asli di Pusat Giat MARA dan ini akan dipertingkatkan lagi.

"Bila mereka dilatih kemungkinan mereka boleh masuk bukan saja di bandar tapi juga di luar bandar bagi memenuhi keperluan-keperluan membaiki motorsikal, kereta dan ini adalah sebagian daripada usaha kita," katanya.

Katanya lagi, kerajaan juga menyasarkan untuk menempatkan seramai 121 pelajar Orang Asli ke institusi pengajian tinggi tempatan dan juga seramai lima orang ke universiti luar negara melalui tajaan MARA.

jahai orang asli 220807 woman and children Dalam pada itu, mengulas mengenai hasrat Orang Asli untuk mengisi sekurang-kurangnya 70% jawatan di dalam Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Shafie berkata masyarakat berkenaan tidak sepatutnya mengehadkan perkhidmatan mereka di jabatan itu sahaja.

"Apa yang penting kepada kita apabila kita hendak meletakkan seseorang berdasarkan perkhidmatan, adalah lebih baik daripada kita berdasarkan hanya sesuatu kaum sahaja. Yang penting penyertaan mereka harus kita pertimbangkan.

"Kita mahu mereka berjaya dalam pelbagai bidang -- JKR, kesihatan, EPU, kewangan. Saya mahu mereka membatasi jabatan-jabatan lain, supaya mereka juga boleh melahirkan rangkaian.

"Esok nak dapat kerja hendak dapatkan lebih banyak usahawan, ada rakan-rakan kita di sana," katanya lagi.

ADS