Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Satu demonstrasi sedang dirancang bagi mendesak peguam negara supaya meneruskan tindakan ke atas wartawan Al-Islam yang 'menceroboh' dua gereja di Kuala Lumpur untuk satu laporan mereka.

Seor NONE ang aktivis Katholik, K Sudhagaran Stanley ( kiri ) berkata demonstrasi tersebut dirancang untuk diadakan di pejabat peguam negara di Jalan Tangsi, Kuala Lumpur pada 25 Mac.

Katanya, sekurang-kurangnya 1,000 orang dijangka hadir dan mereka akan berkumpul di Dataran Merdeka sebelum berarak ke pejabat peguam negara.

Menurutnya, jemputan untuk menyertai demonstrasi tersebut telahpun dihantar kepada kumpulan-kumpulan agama, NGO dan juga parti-parti politik, tetapi beliau enggan mendedahkan nama mereka.

"Saya anjurkan demonstrasi ini bukan saja sebagai hak saya sebagai seorang Kristian tetapi juga sebagai seorang rakyat Malaysia.

NONE "Kita akan serahkan memorandum bagi mendesak peguam negara teruskan dakwaan terhadap wartawan Al-Islam .

"Tapi sekiranya Al-Islam meminta maaf secara terbuka, kita akan hentikan semua tindakan," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, permohonan maaf itu perlu dibuat melalui semua akhbar dalam negara untuk menunjukkan wartawan berkenaan menginsafi perbuatan mereka itu.

"Dalam Kristian kita sememangnya diajar untuk saling memaafkan antara satu sama lain. Tapi jika mereka tidak minta maaf, bagaimana kita hendak tahu mereka benar-benar telah belajar daripada kesilapan mereka," katanya.'

Sementara itu, penolong pengarang Al-Islam , Norshamsi Baharin ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu buat masa ini.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi penasihat undang-undang Kumpulan Utusan yang menerbitkan majalah Al-Islam melalui anak syarikatnya Utusan Karya Sdn Bhd.

LAGI


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS