Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli dewan undangan Perak bagi kerusi Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dengan keras menafikan khabar angin yang mendakwa beliau bakal meninggalkan PKR.

NONE Sehubungan itu, beliau membidas Umno yang didakwanya punca segala tohmahan dan berita palsu berkenaan.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya saya akan keluar parti. Saya ingin beritahu Umno yang kami akan bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi menjahanamkan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Yunus ( kiri ) berkata khabar angin itu sengaja ditaburkan oleh Umno sebaagi taktik serangan psikologi yang menggoncang Pakatan Rakyat, khusus PKR.

Beliau juga mendakwa sejak memenangi kerusi Kuala Kurau sejak dilantik Mac 2008, ‘agen-agen Umno’ sering kali cuba ‘melamarnya’ menyertai parti Melayu itu.

Sejak minggu lalu, blog-blog pro Barisan Nasional dan juga akhbar Cina menyiarkan spekulasi kononnya Yunus akan berpaling tadah.

Spekulasi semakin panas apabila MP Bagan Serai Mohsin Samsari mengumumkan tindakannya keluar dari PKR semalam.

azlan Bagi membuktikan khabar angin itu tanpa asas, Yunus pagi ini juga terbabit dalam demonstrasi di pusat khidmat Mohsin yang ditutup hari ini.

Bantahan itu bagi membidas tindakan MP bagan Serai itu yang kini menjadi ahli bebas.

“Jika dia benar-benar berjuang untuk rakyat, dia (Mohsin) sepatutnya membuka pusat khidmatnya esok dan dia sendiri perlu mengendalikannya.”

Lebih 200 pengundi di  Bagan Serai termasuk MP  Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa (PAS) dan beberapa ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dari Perak menyertai bantahan ini.

Bantahan bermula sejak 10 pagi dari Pejabat Keadilan Cabang Bagan Serai yang terletak hampir 1 km dari pejabat beliau dan berakhir jam 12 tengah hari.

Ia diketuai oleh Ketua Cabang Bagan Serai Mohd Nasib Rahin dan juga dihadiri oleh Adun Selinsing, Adun Kuala Kurau, Adun Titi Serong & Ahli Parlimen Parit Buntar.

Protes dimulakan dengan laungan menuntut Mohsin letak jawatan, ‘Hidup Pakatan Rakyat’ dan ‘Hancur Mohsin, Najib serta Umno’ sambil membawa puluhan poster dan kain rentang.

NONE Beberapa pengundi yang sempat ditemui menyatakan kekesalan atas pengkhianatan yang dilakukan oleh Mohsin.

Sebaik sahaja perhimpunan selesai semua yang hadir membaca doa menurunkan bala kepada Mohsin dan berikrar akan terus berjuang serta bekerja keras menumbangkan Umno.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS