Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Royalti minyak tak wajar dibawa ke mahkamah
Diterbitkan:  Mar 3, 2010 9:58 AM
Dikemaskini: 2:05 AM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyelar keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Beliau berkata tindakan itu adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.

NONE "Bagi saya mereka ini melihat isu royalti ini dalam konteks polemik dalaman atau luaran dan saya rasa ini adalah tidak wajar.

"Kita dalam konteks parti Barisan Nasional (BN) dan Umno telah membuat pendirian yang jelas bahawa apa yang tidak faham, gunakan saluran yang sedia ada untuk fahamkan diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Kota Damansara dekat Petaling Jaya, semalam.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika mengulas keputusan sidang DUN Kelantan semalam yang sebulat suara meluluskan usul membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

    

Usul itu dipersetujui oleh semua wakil kerajaan negeri dan beberapa anggota pambangkang termasuk ketuanya, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah).

"Kita mungkin akan ambil tindakan terhadap mereka (anggota BN DUN Kelantan) dan akan dapatkan pandangan dari ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk selesaikan kedudukan mereka yang timbulkan isu sensasi (royalti minyak) ini," tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu lompat parti yang melanda pemimpin dan anggota dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau menasihatkan agar setiap ahli Umno dan BN supaya tidak terlalu gembira menerima berita itu.

lim guan eng and penang deputy cm p ramasamy and mohd fairus khairuddin 120308 happy Beliau berkata apa yang berlaku dalam PKR jelas menunjukkan bahawa untuk memerintah sesebuah negeri bukan perkara yang mudah kerana ia melibatkan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat.

"Apa yang berlaku dalam PKR jangan melalaikan kita...jangan mengizinkan kita leka dalam agenda yang telah kita umumkan pada rakyat.

"Perkara yang telah dijanjikan kepada rakyat untuk membuat tranformasi dalam parti, ianya tidak bergantung kepada kedudukan parti lawan," kata Hishammuddin  ketika mengulas mengenai bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin ( atas, berbaju gelap ) yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai Umno, Ahad lalu.

Mohammad Fairus, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti, berkata keputusannya keluar dari PKR adalah kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap para pemimpin parti itu terutamanya dalam perkara yang membabitkan Islam dan Melayu.

- Bernama

   


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS