Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ATM nafi terbabit dengan aktiviti pengganas di Acheh
Diterbitkan:  Feb 28, 2010 6:52 PM
Dikemaskini: 11:03 AM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyangkal laporan mendakwa tentera Malaysia terlibat dalam aktiviti pengganas di Aceh baru-baru ini.

NONE Sehubungan itu, beliau akan meminta polis Indonesia menyiasat perkara itu secara menyeluruh.

Beliau berkata, Malaysia akan meminta Ketua Polis Indonesia melaporkan siasatan mereka melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

"Saya fikir secara langsung mahupun tidak langsung memang tidak pernah ada penglibatan oleh tentera Malaysia dan jauh sekali ada penglibatan oleh kerajaan Malaysia untuk campur tangan dalam sebarang pergolakan di negara-negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penghantaran Kumpulan Pemantauan Antarabangsa-Mindanao V (TPA-M V) di Pangkalan Udara Subang dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas laporan agensi berita AFP mengenai penemuan pakaian seragam mirip tentera Malaysia ketika polis Indonesia membuat serbuan ke atas sebuah pusat latihan paramilitari Jemaah Islamiyah (JI) pada Selasa lepas.

military malaysia army tentera 131106 training AFP melaporkan seramai 100 anggota polis yang dilengkapi senjata berat terbabit dalam serbuan itu di kawasan hutan daerah Aceh Besar, kira-kira 70 kilometer di timur ibu negeri wilayah, Banda Aceh.

Laporan AFP dipetik sebagai berkata, dalam serbuan itu, polis Indonesia turut merampas dokumen, wang dan beberapa pasang pakaian seragam yang mirip kepada pakaian tentera Malaysia.

- Bernama

ADS