Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Projek empangan di kaki Gunung Kinabalu dibantah
Diterbitkan:  Feb 22, 2010 5:08 PM
Dikemaskini: 9:13 AM

Penduduk Kampung Tambatuon, yang terletak berhampiran kaki Gunung Kinabalu, mengadakan perhimpunan secara aman kerana membantah cadangan projek pembinaan empangan di kampung itu yang dikhuatiri menjejaskan kehidupan mereka.

kinabalu world heritage status under threat 020709 01 Ketua Kampung Tambatuon, Singkui Tinggi berkata, kira-kira 900 penduduk akan kehilangan tempat tinggal dan sumber pendapatan sekiranya projek empangan di kampung itu dilaksanakan.

"Saya sudah mendapat salinan pelan pembangunan empangan setinggi 340 meter itu dari Pejabat Daerah Kota Belud.

“Sekiranya projek ini diteruskan, bukan sahaja kampung kami yang tenggelam tetapi akan turut menjejaskan kampung-kampung di sekitar sini seperti kampung Bundu Paka dan Kampung Lingkubang,” katanya di Kota Belud hari ini.

Beliau berkata, pembinaan empangan itu juga dikhuatiri akan menjejaskan alam sekitar kawasan perkampungan itu yang terletak berhampiran dengan Taman Kinabalu yang merupakan kawasan Tapak Warisan Dunia.

Katanya, walaupun cadangan untuk membina empangan itu penting untuk menjana projek jelapang padi dan projek agropolitan padi komersial daerah Kota Belud, namun syarikat yang terlibat dalam menyediakan laporan penilaian terhadap cadangan itu tidak pernah berunding dengan penduduk.

- Bernama

ADS