Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN-Pakatan bersaing anjur sambutan Tahun Baru Cina

BN dan Pakatan Rakyat bersaing untuk mendapatkan sokongan pengundi kaum Cina sewaktu sambutan Tahun Baru dengan menganjurkan majlis sambutan masing-masing malam ini.

thaipusam mb khalid visit 290110 01 Malah, majlis Perbandaran Klang (MPK), di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor, telah menurunkan sebuah papan iklan yang dipasang oleh BN dan juga menolak permohonan mereka untuk menutup jalan, yang dilihat sebagai "balas dendam" terhadap tindakan kerajaan pusat menghalang majlis anjuran kerajaan negeri sewaktu sambutan Thaipusam bulan lalu.

Kedua-dua pihak bersaing untuk mendapat sokongan kaum India sewaktu perayaan tersebut bulan lalu, dengan masing-masing menganjurkan sambutan di Batu Caves, tetapi pihak polis telah merobohkan pentas kerajaan negeri.

Dalam pusingan kedua ini, BN dan Pakatan memilih untuk mengadakan sambutan mereka di lokasi strategik yang terletak 20km antara satu sa ma lain, pada hari ketujuh sambutan Tahun Baru Cina.

Kerajaan Selangor mengadakan sambutannya di Kuil Buddha Dong Zen, Jenjarom, yang terkenal dengan pesta bunga dan tanglung. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid merasmikan sambutan tersebut.

Kira-kira 20km di utara Jenjarom, di Kampung Batu Pandamaran - kampung baru Cina kedua terbesar di Malaysia - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan sambutan rumah terbuka BN peringkat nasional.

Wakil Rakyat BN Selangor menuduh Pakatan menghalang sambutan rumah terbuka mereka melalui MPK, manakala Pakatan mereka mengkritik kerajaan pusat kerana tidak mematuhi prosedur sepatutnya.

NONE Kerajaan Selangor menegaskan bahawa BN tidak sepatutnya menyalahkan mereka, dengan menambah bahawa tiada keistimewaan bagi Najib dan beliau juga perlu mematuhi peraturan.

MPK telah menolak permohonan kerajaan pusat untuk menutup Jalan Chan Ah Choo di Pandamaran, kerana ia adalah jalan utama dan akan menyebabk an kesesakan lalulintas.

MPK juga telah menurunkan papan iklan yang dipasang cawangan parti komponen BN di situ untuk mengalukan kedatangan perdana menteri, kerana tidak mendapat permit.

Hanya sebilangan kecil poster dibiar dinaikkan.

Sambutan rumah terbuka BN itu adalah anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Dilaporkan, timbalan menterinya, Heng Seai Kie telah mengaku berlaku kecuaian di pihak mereka kerana salahfaham.

Bagaimanapun, beliau menegaskan masalah permit tersebut telahpun diselesaikan.

Namun begitu, BN menj alankan promosinya melalui media arus perdana untuk mengumumkan program mereka itu.

[Baca berita penuh]

 

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS