Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Soros: Dr M persalahkan saya dan bukan dirinya

Pemanipulasi matawang kontroversil George Soros mendakwa beliau mendapat liputan media yang negatif di Asia disebabkan bidasan yang dilontarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atasnya.

"Ia bermula apabila Mahathir menyalahkan saya daripada mengaku bertanggungjawab (terhadap krisis kewangan Asia),” Soros memberitahu Malaysiakini dalam satu wawancara di Hong Kong.

"Dia memilih menyalahkan saya daripada mengakui kesilapannya itu yang menyebabkan krisis kewangan berkenaan.”

Soros bagaimanapun memuji Mahathir berhubung tindakannya berhubung krisis itu.

mahathir and george soros meet 151206 smiles "Kebetulan cara beliau tangani krisis kewangan pada 1997-98 adalah bertentangan dengan nasihat IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), dan ia berjaya. Saya memberitahunya perkara itu apabila berjumpa dengannya. Sejak itu, IMF telah mengubah pendekatannya.”

Soros yang akan berusia 80, tahun ini, berada di Hong Kong awal bulan ini untuk berucap pada satu majlis di Universiti Hong Kong dan juga menghadiri mesyuarat yayasannya, The Open Society Institute .

Tokoh kewangan kelahiran Hungary itu dinobatkan ditempat ke-29 sebagai manusia paling kaya di dunia oleh majalah Forbes dengan anggaran nilai US$13 billion.

Menurut jutawan itu, beliau ada mendengar khabar angin kononnya Mahathir dan anak-anaknya kehilangan jumlah wang yang besar ketika spekulasi matawang pada tahun 1992.

Pada 16 Sept 1992 - yang juga dikenali sebagai Rabu Hitam, - kerajaan Britain terpaksa mempertahankan matawang pound sterling selepas ia diserang oleh penyanggak matawang sehingga menyebabkan nilainya merudum.

Soros didakwa sorang daripada mereka yang berjaya meraih keuntungan US$1 billion dalam tempoh yang singkat dan mendapat jolokan sebagai ' the man who broke the Bank of England '.

Adalah dipercayai Bank Negara Malaysia yang secara kontroversial turut terbabit dengan spekulasi matawang mengalami kerugian jumlah wang yang agak besar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS