Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM: Bukan salah kami
Diterbitkan:  Feb 9, 2010 5:27 PM
Dikemaskini: 10:59 AM

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed berkata siasatan badan itu berhubung beberapa kes berprofil tinggi telah disempurnakan dan kini diserahkan kepada Pejabat Peguan Negara untuk tindakan.

NONE Kes-kes itu termasuk yang membabitkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo ( kiri ) dan bekas menteri pelancongan, Datuk Azalina Othman Said.

"Saya berharap keputusan akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

Menurut Abu Kassim, pihak peguam negara perlu menjelaskan kepada panel penasihat SPRM jika tiada tindakan diambil dalam tempoh enam bulan selepas siasatan diserahkani.

NONE “Mengikut suruhanjaya baru, apa yang dipendam oleh AG melebihi enam bulan mesti dijelaskan kepada jawatankuasa penilai. Mereka mempunyai hak untuk mengetahui,” katanya.

Abu Kassim ( kanan ) berkata demikian semasa pertemuan sejam antara anggota panel penasihat SPRM dengan pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, minggu lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS