Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hari yang gelap bagi demokrasi Malaysia
Diterbitkan:  Feb 9, 2010 4:06 PM
Dikemaskini: 8:16 AM

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan itu sebagai hari yang gelap dalam masa depan demokrasi Malaysia.

NONE Katanya, rakyat sangat kecewa dengan keputusan itu tetapi bagi PAS, mereka tidak akan patah semangat dan berkempen supaya rakyat lebih memahami isu berkenaan.

“Keputusan ini sudah dijangkakan berdasarkan perjalanan sejarah. Kemelut di Perak tidak akan reda (ekoran keputusan ini), kata Salahuddin ketika dihubungi Malaysiakini .

Tambahnya lagi, ia akan terus cetuskan semangat baru dan memberikan kesedaran kepada rakyat supaya menolak BN.

Anwar: Umno takut berdepan rakyat

Bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan mahkamah itu sudah dijangkakan.

Menuru NONE tnya, keputusan itu menunjukkan Umno tidak berani untuk berdepan dengan rakyat bagi menghadapi pilihan raya.

“Kami secara konsisten menuntut pilihan raya baru dan bebas diadakan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan (negeri) baru yang sah,” katanya.

Buat masa ini, Anwar meminta rakyat di Perak untuk mematuhi undang-undang dan memastikan semua pihak memahami isu berkenaan.

“Ini adalah isu demokrasi. Siapa yang disokong oleh rakyat? Kita tidak boleh berselindung di sebalik institusi atau sistem-sistem, kecuali kembali mendapat mandat daripada rakyat.

“Saya juga menggesa rakan-rakan di Perak supaya bersabar dan bekerjasama erat bagi memperkuatkan parti kerana media-media yang dimiliki Umno sedang menyerang kita dengan bertubi-tubi,” kata Anwar.

Mahfuz: Kes satu konspirasi

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar pula berkata pihaknya tidak mempersoalkan keputusan mahkamah tetapi persepsi rakyat dan masyarakat melihat bahawa kes tersebut bermula dengan konspirasi dan sudah tentu juga berakhir dengan konspirasi juga.

mahfuz omar utusan malaysia lawsuit 231208 01 Rakyat dan masyarakat antarabangsa tidak melihat hujah-hujah di mahkamah, tetapi mereka melihat keputusan itu mesti mengiyakan konspirasi tersebut.

“Keputusan itu membetuk persepsi bahawa mahkamah mahu mempertahankan maruah dan kedaulatan sultan berbanding dengan kedaulatan rakyat. Kalau mahkamah memutuskan kemenangan kepada Nizar, adakah bermakna tindakan sultan memilih Zambry tidak rasional?” soal Mahfuz.

Beliau berkata persepsi rakyat juga melihat bahawa mahkamah telah merampas hak rakyat dan sesuatu kerajaan itu mestilah berdiri di atas mahkamah rakyat.

Ahmad: Mengapa 5- 0?

ahmad awang Bekas pesuruhjaya PAS Perak yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang pula mempersoalkan mengapa panel hakim hanya terdiri daripada lima panel penilai dan tidak tujuh.

“Kenapa tidak tujuh? Keputusan ini memang sudah dijangkakan, tetapi takkanlah sampai 5-0, sekurang-kuranganya 4-1.

“Bila sebula suara, kita lihat maca (hakim) pakat. Majoriti rakyat tidak dapat terima keputusan ini,” katanya.

Karpal: Biar rakyat tentukan

karpal singh Bagi pengerusi DAP, Karpal Singh, keputusan mahkamah persekutuan itu masih boleh dirayu.

“Kita sepatutnya kembali kepada rakyat, rakyat yang seharusnya membuat keputusan, bukannya mahkamah. Biarkan rakyat yang menentukannya,” kata beliau.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS