Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketua SPRM: Tendang jika saya salah
Diterbitkan:  Feb 8, 2010 3:24 PM
Dikemaskini: 8:13 AM

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed yang baru dilantik ke jawatan itu, memohon rakyat memberikannya peluang bagi membuktikan ketelusan badan itu.

NONE Mengakui hakikat, SPRM perlu memulihkan imejnya berikutan beberapa kontroversi, Abu Kassim berkata mereka mesti menyakinkan rakyat bahawa suruhanjaya itu adalah bebas.

“Saya memerlukan anda untuk menjuarai perjuangan kami. Dengan berbuat demikian, sesiapa yang ingin ‘membunuh’ SPRM, anda akan menjadi pelindung kami, Tetapi jika saya silap, anda boleh tendang kami,” katanya dengan tegas.

“Cuma kata, ‘Abu, kamu silap. Jika anda mahu kami melindungi kamu, berperangai dengan betul.’ Saya akan memastikan tiada penyelewengan. Kata-kata saya dan tindakan saya mesti menunjukkan bahawa saya adalah bebas.”

Abu Kassim membuat kenyataan berkenaan ketika pertemuan sejam antara pengarang kumpulan Malaysiakini , Steven Gan dengan jawatankuasa penasihat SPRM.

Antara tajuk yang disentuh, termasuk tindakan yang perlu diambil oleh SPRM bagi memulihkan keyakinan orang ramai, siasatan ke atas ketua pembangkang Selangor, Dr Khir Toyo dan mengapa suruhanjaya itu kini memilih untuk bermesra dengan media alternatif.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS