Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kontraktor Melayu dapat 44 kontrak RM68 juta
Diterbitkan:  Feb 8, 2010 2:52 PM
Dikemaskini: 6:59 AM

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata daripada 66 projek kerajaan Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun lepas, 44 daripadanya bernilai RM68 juta diberikan kepada kontraktor Melayu.

lim guan eng 160305 Projek-projek itu adalah berkaitan dengan kerja pemasangan paip oleh Perbadanan  Bekalan Air (PBA), katanya kepada pemberita hari ini.

Lim juga berkata sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan projek oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) juga diberikan kepada kontraktor Melayu.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut nilai projek-projek itu.

Katanya dengan amalan sistem tender terbuka, kontraktor  yang mempunyai kebolehan tidak perlu lagi ke luar negara untuk  mendapatkan projek.

- Bernama

   


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS