Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kemelut politik Pakatan Rakyat di Pulau Pinang semakin kusut apabila ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng secara terbuka hari ini membidas timbalan presiden PKR.

Mengulas laporan media kenyataan Syed Husin Ali yang menyarankan Tan supaya meninggalkan parti itu, Tan berkata orang yang sepatutnya keluar ialah Syed Husin.

tan tee beng pc 030110 01 "Syed mengetuai penggabungan Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) tetapi lewat tahun lalu, mahkamah memutuskan PRM masih wujud. Jika berlaku penggabungan, bagaimana ia masih wujud?"

Justeru, Tan berkata jawatan Syed Husin sebagai timbalan presiden PKR boleh dipertikaikan dan lembaga disiplin parti perlu menyiasat dan mengkaji semula jawatan berkenaan.

Tan dilaporkan tidak berpuas hati apabila syor PKR agar dia dilantik sebagai pengerusi Lembaga Bekalan Air Pulau Pinang ditolak dan dia juga gagal mendapatkan lot rumah kedai untuk saudaranya.

Pada sidang medianya hari ini, Tan juga berkata beliau percaya Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari keadaan terkini politik di Pulau Pinang tetapi tidak bertindak untuk menanganinya.

tan tee beng pc 030110 show syed sms 02 "Saya rasa beliau tidak bertindak menanganinya... mungkin beliau fikir berkompromi (dengan DAP) adalah cara terbaik," kata Tan.

Tan berkata demikian semasa menjawab soalan sama ada Anwar menyedari mengenai kebimbangan beberapa pemimpin PKR di Pulau Pinang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, daripada DAP.

Pulau Pinang ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada  parti DAP, PKR dan PAS.

Terdahulu, Tan mendakwa Lim seorang yang angkuh dan harus disingkirkan daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Tan mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan menarik balik atau berhenti membuat kenyataan mengenai "keangkuhan" Lim.

[Baca berita penuh]

ADS