Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti pembangkang dan kumpulan NGO akan berdemonstasi di depan ibu pejabat polis di Bukit Aman esok susulan pendedahan seorang perempuan malang yang mendakwa ditembak anggota keselamatan secara salah.

Perempuan tersebut, Norizan Salleh dijadual turut hadir bersama peguammnya N Surendran bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.

woman shoot by police 030210 06 "Kita mahu KPN ambil tindakan segera dengan menggantung dan menahan pegawai polis yang terbabit (menembak Norizan).

"Tindakan polis itu menyebabkan Norizan hampir kehilangan nyawa," kata Surendran yang menyifatkannya satu "cubaan membunuh".

Minggu lalu, Norizan, 30, dilaporkan mendakwa ditembak lima kali di bahagian dada dan tangan di sebuah lebuh raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR minggu lalu, Norizan dilaporkan mendakwa, akibat serangan tersebut, beliau cedera parah dan terlantar di hospital lebih dua minggu bawah pengawasan polis.

Masih trauma

Beliau juga dilaporkan mendakwa terpaksa menanggung kos rawatan perubatan berjumlah hampir RM20,000.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Surendran berkata, demonstrasi pada jam 11 pagi esok disokong, antaranya oleh PKR dan DAP dan NGO pemantau polis, Jawatankuasa Hak Asasi dan Pemantau Polis.

woman shoot by police 030210 04 "Kita beri polis beberapa hari untuk ambil tindakan. Selepas itu, jika tiada sebarang tindakan diambil, kita akan saman polis dan kerajaan Malaysia.

"Kita sedang menyiapkan persiapan untuk itu," katanya.

Menurut Surendran, Norizan telah membuat laporan polis pada 6 November tahun lalu tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Diminta mengjelaskan keadaan kesihatan Norizan, Surendran berkata: "Sudah tentu beliau masih trauma."


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS