Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno K'tan tiada kuasa bertindak ke atas Ku Li
Diterbitkan:  Jan 31, 2010 4:00 PM
Dikemaskini: Feb 1, 2010 3:11 AM

Badan Perhubungan Umno Kelantan tidak mempunyai  kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang pendiriannya bertentangan dengan kerajaan pusat berhubung bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

    

NONE Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hanya Majlis Tertinggi Umno yang boleh membuat keputusan dalam soal itu.

"Ia bukan bidang kuasa Umno Kelantan, hanya Majlis Tertinggi parti boleh tentukan dan putuskan tindakan ke atas Tengku Razaleigh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Batu Melintang, di Jeli hari ini.

    

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Umno Kelantan boleh mengambil tindakan ke atas Tengku Razaleigh berikutan kenyataannya pada Khamis lepas yang mendakwa kerajaan negeri Kelantan kini patut mendapat bayaran royalti minyak dan bukannya wang ihsan.

    

Berikutan itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pucuk pimpinan parti akan meneliti ucapan Tengku Razaleigh itu.

NONE Mustapa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pendirian Tengku Razaleigh ( kiri, berbaju gelap ) itu.

    

Sementara itu, dalam majlis perjumpaan khas dengan Umno Bahagian Pasir Puteh di PASIR PUTEH malam tadi, Mustapa berkata Badan Perhubungan Umno Kelantan akan menemui perdana menteri untuk berbincang dan mencadangkan projek-projek yang akan dilaksanakan di bawah pemberian wang ihsan kepada rakyat Kelantan.

Beliau berkata pihaknya sedang mendapatkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri.

"Apabila tarikh diperolehi satu rombongan akan menemui perdana menteri yang turut disertai anggota-anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dan anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN)," katanya.

petronas petrol oil facility in terengganu kerteh 141108 01 Mustapa baru-baru ini mengumumkan kerajaan pusat akan menyalurkan RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan bagi menggantikan royalti minyak dan jumlah itu merupakan lima peratus daripada hasil perolehan gas dan petroleum di perairan Kelantan pada 2008.

    

- Bernama

ADS