Buat julung kalinya, pergerakan pemuda Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bersatu dalam mengecam beberapa siri serangan ke atas rumah ibadat.
Ia diterjemahkan menerusi kenyataan media bersama yang dikeluarkan hari ini.
"Kami berpendirian yang isu ini melampaui batasan agama, politik dan bangsa. Apabila perpaduan rakyat Malaysia diancam, pemimpin muda sanggup mengenepikan perbezaan politik bagi mempertahankan keharmonian negara," menurut kenyataan itu.
Kenyataan media itu disiarkan menerusi laman sesawang pengerusi pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
Menurut kenytaan itu lagi, sebarang serangan atau vandalisme terhadap mana-mana rumah ibadat tidak boleh sama sekali dipertahankan.
Kumpulan pemuda itu juga beranggapan tindakan mencemarkan rumah ibadat suatu tindakan yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia.
Parti-parti politik yang menandatangani kenyataan media itu ialah:
Pemuda Barisan Nasional
Pemuda Pakatan Rakyat
Pemuda
UmnoPemuda
PKRPemuda
MCAPemuda
Sosialis DAPPemuda
MICPemuda
PASPemuda
GerakanPemuda
PPPPemuda
PBBPemuda
SUPPPemuda
SPDPPemuda
PRSPemuda
PBSPemuda
UpkoPemuda
PBRSPemuda
LDP