Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kementerian kesihatan tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung doktor pelatihnya yang didakwa terpaksa bekerja dalam jangka masa yang panjang dan dalam keadaan tegang di hospital kerajaan.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Ismail Merican sebaliknya berkata berdasarkan pengetahuannya, di sesetengah wad hospital ada doktor pelatih yang kekurangan kerja.

"Saya terkejut NONE mendengar aduan itu, jika anda ke wad pembedahan, akan terdapat 20 doktor pelatih yang kekurangan kerja. Mereka akan berebut untuk menjalankan pembedahan apendiks,” katanya dalam satu wawancara.

Beliau diminta mengulas isu doktor pelatih yang didakwa terpaksa bekerja melampaui masa yang sering disiarkan di akhbar menerusi forum ‘Surat Pembaca’.

Sesetengah pihak mengadu ada doktor pelatih terpaksa bertugas sehingga 36 jam dan ada juga yang mendakwa terpaksa bekerja sehingga 15 hari tanpa cuti rehat.

Ismail bagaimanapun mengakui dia ada menerima aduan daripada ibu bapa doktor pelatih yang beliau sifatkan sebagai masalah yang tidak timbul kerana dia juga melalui sistem ‘ houseman ’ yang sama sebelum ditauliahkan sebagai seorang doktor.

“Kami bekerja lebih keras ketika itu dan tidak mengadu kepada ibu bapa. Saya terbuka untuk berunding. Doktor pelatih boleh e-mail atau sms ataupun singgah sahaja di pejabat saya tetapi tiada yang berbuat demikian kecuali ibu bapa,” katanya.

Di Eropah, bekerja untuk syif yang panjang telah diharamkan dan doktor hanya dibenarkan bekerja sehingga maksimun 12 jam tanpa rehat.

[Baca berita penuh]

[Video - 4:03 minit]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS