Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tian Chua terselamat dalam kemalangan
Diterbitkan:  Jan 25, 2010 10:31 PM
Dikemaskini: 5:34 PM

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan pemandunya terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di KM 400, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Bukit Beruntung, dekat Rawang, petang tadi.

    

NONE Dalam kemalangan pukul 5.30 petang itu, kereta Toyota Camry berwarna putih yang dipandu oleh pemandunya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di laluan itu ekoran keadaan jalan yang licin selepas hujan.

    

Tian Chua yang dihubungi Bernama berkata beliau dan pemandunya bagaimanapun tidak mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.

    

"I'm ok..tiada masalah atau cedera apa-apa, cuma kereta sahaja remuk sebab langgar pembahagi. Saya dan pemandu selamat," katanya.

Tian Chua, yang juga pengarah strategik PKR, berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan untuk menghadiri satu ceramah di Lunas, Kedah, dan meneruskan perjalanan dengan menaiki kenderaan lain.

    

Tian Chua berkata beliau telah membuat laporan polis berhubung kemalangan itu dan Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu.

   

ADS