Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
9 pelajar ditahan bantah p'raya kampus
Diterbitkan:  Jan 23, 2010 1:49 PM
Dikemaskini: 12:46 PM

Sembilan pelajar universiti ditahan ketika berhimpun di ibunegara kerana membantah proses pilihan raya kampus.

student protest 230110 M ereka adalah antara 200 pelajar yang menyertai bantahan tersebut di Menara Tun Razak di Jalan Raja sebelum berarak ke kompleks membelibelah Sogo kira-kira setengah kilometer dari situ, di mana mereka berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai.

Ketika sampai di Sogo, mereka diarahkan oleh polis supaya bersurai.

Sembilan daripada mereka kemudiannya ditahan polis kerana didakwa gagal berbuat demikian.

Mereka ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Ha run, Syahriul Ismail dan  Ridhuan Jamil.

student protest 230110 Mereka yang terdiri daripada anggota beberapa pertubuhan pelajar universiti di sekitar Lembah Klang, dibawa ke ibupejabat polis Dang Wangi untuk disoalsiasat.

Penangkapan mereka bermula apabila polis tiba lima minit selepas kumpulan pelajar tersebut berarak dari Menara Tun Razak.

Pihak polis kemudiannya terus mengarahkan mereka menurunkan kain rentang bantahan mereka serta bersurai dalam masa lima minit.

[Baca berita penuh]

 

 

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS