Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Serangan ke atas surau tindakan pengecut
Diterbitkan:  Jan 22, 2010 1:22 PM
Dikemaskini: 5:28 AM

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas serangan yang dilakukan terhadap dua buah surau di Muar semalam.

Pada kejadian awal pagi semalam, Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting masing-masing dipercayai dibakar menggunakan minyak tanah.

anwar ibrahim 290408 Menurut Anwar, setelah berakhir siri serangan terhadap beberapa gereja dan gudwara, kini surau pulau menjadi sasaran.

 

“Pendirian Pakatan Rakyat jelas iaitu kesucian rumah ibadat, walau apapun kepercayaannya mestilah dihormati. Tindakan menyerang rumah ibadat adalah satu tindakan pengecut dan tidak bermoral,” katanya dalam satu kenyataan media.

 

Pemipin PKR itu juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar jangan cuba mencetuskan provokasi sehingga menjejaskan keharmonian serta menimbulkan keretakan di kalangan rakyat.

Menurut Anwar, rakyat Malaysia sudah lama hidup dalam keadaan rukun dan aman. Mereka kini sudah cukup matang serta bijak untuk meremehkan sebarang usaha jahat demi menguntungkan politik golongan tertentu.

'Bakar sentimen agama untuk laba'

“Amat dikesali apabila ada pihak yang sanggup membakar sentimen agama hanya untuk laba yang sedikit,” katanya.

muar arson attack surau parit beting 210110 03 Sejak 8 Januari lalu, beberapa tempat ibadat- sebahagian besarnya gereja - menjadi sasaran serangan bom api dan perbuatan vandalisme.

Ia dipercayai berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang mengetepikan larangan kerajaan ke atas bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan bagi perkataan ' God '.

Ekoran itu, mahkamah berkenaan memutuskan bahawa mingguan Katholik, Herald , boleh menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Malaysianya.

Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu selesai rayuan oleh kerajaaan terhadapnya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS