Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Allah' juga boleh diguna di WP, P. Pinang
Diterbitkan:  Jan 18, 2010 3:00 PM
Dikemaskini: 11:59 AM

Selain Sabah dan Sarawak, perkataan Allah juga boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, kata seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz bagaimanapun berkata,  di negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen agama Islam, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah, lapor The Sun .

Jumaat lalu, beliau dipetik berkata penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam bahasa cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Pengumuman itu dibuat olehnya dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.

ADS