Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN: Kes liwat Anwar tiada kaitan dengan k'jaan

Ketua setiausaha kementerian dalam negeri, Datuk Mahmood Adam meminta pihak media supaya tidak bersikap berat sebelah ketika melaporkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE Katanya, ia tiada kaitan dengan kerajaan tetapi kes itu adalah antara Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Kes itu akan mula didengar pada 25 Januari ini.

Mahmood berkata demikian ketika bercakap dalam majlis dialog dengan wakil beberapa pertubuhan media di Kuala Lumpur semalam.

Anwar telah berulangkali menuduh kerajaan - terutamanya kementerian dalam negeri menguasai polis dan pejabat peguam negara - berkonspirasi terhadapnya.

Ini mer upakan sesi dialog ketujuh dengan pihak media dan yang pertama di mana Malaysiakini turut dijemput menghadirinya di ibupejabat jabatan pertahanan awam di Jalan Padang Tembak.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS